Majlis Perasmian Gelanggang Memanah dan Persilatan Singa Bertujuh

08 January 2025 Oleh Sri Adika Kanan Hang Sambar
Selesai sudah Majlis Perasmian Gelanggang Memanah dan Persilatan Singa Bertujuh

📍 Kampung Paya, Renggoh, Johol, Negeri Sembilan
🗓️ 1 Ogos 2025

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada
Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Haji Muhammad bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol ke-15, yang sudi mencemar duli merasmikan gelanggang ini dengan penuh berkat dan semangat warisan bangsa.

Turut dirakamkan ucapan terima kasih kepada Madrasah Al-Ghoniah, sahabat sejati kepada Pertubuhan Al-Qubro, atas kehadiran dan sokongan yang mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama institusi.
Tidak dilupakan juga kepada tuan tanah, warga kerja, serta seluruh penduduk Kampung Paya Tengah, Renggoh, yang bersama-sama menjayakan majlis ini — dari tenaga, doa hingga semangat yang membara.

Turut memeriahkan majlis dengan persembahan qasidah dari kumpulan Qasidah Al Nubhan dan juga persembahan silat dari Persilatan Singa Bertujuh..

💫 Diharapkan gelanggang ini menjadi medan lahirnya generasi pewaris — yang gagah seperti pahlawan, cekal seperti pemanah, serta berjiwa luhur membela agama, bangsa dan tanah air.

"Dari tanah leluhur kita berpijak,
Dari gelanggang ini kita berjuang,
Warisan Melayu bukan sekadar sejarah,
Tapi amanah untuk terus gemilang."